Wednesday, May 29, 2013

jangan tulis blog ketika beremosi.
jadinya semua post sedih.
tapi tak jugak, sebab post happy terhilang lepas try nak edit dekat tab. Haha menyesal aku, panjang lebar cerita pasal pregnancy.. alih2 nak edit dia pi keluar draf lama yg emosi la jugak..
haaa abaikan.

sekarang ni kandungan dah 38 minggu. baby masih nak membesar dalam rahim ami. bestkan dalam tu..
cukup kasih sayang ami. kat luar ni macam2 jadi baby.

Wednesday, April 17, 2013

Baby

BaBy je paham perasaan ami kan..
Ami minta maaf kalau buat baby stress.....ami rasa tertekan sangat...

Tuesday, April 9, 2013

Baby, Hubby, House

Salam,
Lama giler tak menjengah ke sini. Ini pun terasa nak meluahkan sesuatu baru la nak log in ke sini. Rasanya memang patut pon menulis kat sini. Lama2 pendam boleh jadi gila pulak. Lagipun sini bukannya ada follower, so kalau bebel pun rasanya ok la.

Sekarang ni alhamdulillah dah 31 minggu mengandung anak sulung kami. Nak dapat Ustaz. Kalau orang tanya apa perasaan mengandung? Memang seronok, tapi kadang2 emosi melebihi logika. ;)
Perubahan yang dirasakan kadang2 beri impak negatif. Mungkin sebab first time mother. Tapi apapun sokongan suami sangat baik. Sayang abi. Melayan karenah ibu mengandung ni dengan sabar sekali.

Persiapan kelengkapan baby dah buat sikit2. Tapi belum lengkap lagi. Ami pon berkira-kira nak beli benda yang antara perlu dengan tidak. Tak de la semewah orang lain seperti dalam blog2 yang ami baca. Diaorang mampu. Ok le tu. Ami pulak rasa macam membazir kalau beli benda yang ami rasa ami takkan dapat guna dengan sepenuhnya. Haha ami lagi faham diri sendiri. Abi pulak menjadi sponsor dalam segala serbi.

And then pasal house. Memang tengah berkira kira mencari rumah. Hari tu dah book rumah taman corner lot. Booking aje. Then tadi pergi tengok rumah banglo dalam kampung yang very near tu Pekan Kuah. Harga boleh tahan and memang dah berkenan la kat rumah tu... huhuhu...tp masalahnya hmmmm................

Monday, December 17, 2012

Looks can be deceiving

Salam...
Hari ni muhasabah diri..
Merujuk frasa pada tajuk. Looks can be deceiving.. apa yg anda mengerti?

Apabila kita melihat seseorang yg tidak kita kenali, kita punya persepsi awal sendiri. Setelah berkenalan baru kita kenal empunya diri. Sebelum kita kenal, apa yg kita lihat pasti yg zahir.. pakaian, bentuk tubuh, dan rupa paras..
Pernahkah kita menilai seseorang dengan melihat zahirnya? Pasti pernah.. jika persepsi adalah negatif, minta2 dijauhkan sifat itu... jangan kita menilai sesuatu dengan hanya melihat. Mata mampu menipu..
Orang yg berpakaian kemas dan cantik, jika kerjanya menipu.. maka mata kita tertipu..
Jika orang yg berpakaian sederhana kemas....hanya lepak minum2...tapi hakikatnya dia sedang bercuti rehat...kita juga tertipu..
Namun intrepretasi kemas, cantik, sederhana bg setiap org berbeza.. mungkin aspek yg ketara lebih nampak dominan sekiranya org itu zahirnya memang terlalu cantik..maka cantiklah dia..

Melalllllluuut....
Ok. Pendek kata. X payah nak judge org tu mcm mn.. walaupun saya tau pentingnya kelihatan kemas, cantik, demi membawa karekter seorg pegawai..namun, apa yg sy rasa rasional lebih penting..misalnya pakaian yg menutup aurat, pakaian yg menepati peraturan pemakaian ke tempat kerja... insyaallah semuanya redha allah...

Monday, December 3, 2012

ex gf

Salam,
Baru pukul 430ptg, masih awal lagi.. tapi waktu macam ni lately aku dah tak boleh fokus. Loya masih ada. Hmm boleh dikatakan aku punya alah ni dalam kategori sederhana teruk lah jugak. Sebab ada yg masa hamil time ni dah tak mabuk2 lagi...Baru la aku dapat rasa macam mana dugaannya ibu hamil.. Yang belum rasa kalau nak kutuk aku over reacted silalah...mungkin mmg aku over exaggerated melalui update status di fb. Tapi kalau korang jenis mmg tak kisah nak update status korang, mungkin korang pon boleh tak kisah dengan status org lain yg buat korang meluat.. fair enough.

dah hamil ni byk la isu hamil yg disebut..masa baru kawen isu kawen. masa nk hamil, isu nak hamil.. .nanti dah ada baby..isu baby pulak..
Tentang ibu hamil ni...banyak amalan semasa hamil yg perlu ibu hamil ni buat..supaya anak yg bakal lahir elok lah perangai dan zahirnya insya allah..aku pon berusaha la nak buat yg terbaik...
salah satunya kena elak stress... mmg masa ustazah nor bahiyah sebut tentang pekara ni aku tersedar..ya Allah...aku seringkali bg diri aku stress... aku layan jugak emosi sampai nangis2...

dan hubby pon pernah mencetuskan stress....tapi aku percaya hubby... hubby sangat penyabar dan penyanyang...walau stress mcm mn pun, kalau tgk muka hubby terus rasa lembut hati...sayang, tenang ja..
sebab tu aku suka tenung muka hubby...kalau lepas shave bulu2 muka dia lg syok tengok...hensem ja..hahahaaaa

haippp syok lebih plak. Tapi kan tak baik cerita hal rumah tangga ni..apatah lg hal keburukan pasangan...jangan sesekali cerita kepada orang lain...tapi org perempuan sampai satu tahap dia perlukan bantuan.. tempat nak luah perasaan..sebab mana tahu dia memang tengah stress. perlu sangat untuk dia luahkan perasaan.. so cari la yg bertauliah utk minta pendapat, atau yg terdekat dengan diri kita. Tujuan aku sebut hal ni sebab aku terbaca blog yg membincangkan kes suami dan ex gf. Macam2  hal....

Pendapat aku, suami tak payah la contact ex gf lagi..walau apa pun tujuannya..sebab hal ini jika diketahui isteri, jantung jadi luluh berkecai....of course la isteri tak suka..sebab isteri ni faham betapa halusnya hati perempuan..betapa sedikit perhatian akan mula membibitkan rasa yg lama terpendam dalam hati... walaupun perempuan tu kata dia sedar diri siapa la, sedar hanya kawan and so on... Tak payah. end it!
Kalau ex gf ada hutang, ha mmg patut suami contact untuk claim hutang...kesian suami nak sara isteri dengan anak2. :P


Wednesday, November 28, 2012

:)

.....aku x tau nak start....
tersinggah blog ni sebab along post kat fb saying lama tak bc blog aku..
baca la balik post yg gitu2...geli tekak jugak..amboi indahnya emosi time tu..bagusla.
sekarang ni tak dan la nak berblogging, baju kerja hubby pon tak dan nak iron.
skang ni tgh meloya..ye loya. muntah dan sebagainya..
akhirnya aku pregnant. alhamdulillah.....
seronok tapi disulam perit jugak..
emosi tak berapa nak stable... tapi tu lah..tuhan dah tunjuk jalan dah...ibu hamil kena sedia mental fizikal..
sembahyang dan baca quran...baru tahan ngan dugaan mengandung... pasai emosi ibu hamil cepat tersentuh..
sib baik hubby ku seorang penyabaq.

akibatnya rumah kami sepah berterabuq.... dapur tak berasap...kain tak berbasuh..
tungguuuuu
tunggguuuu aku kuat semangat balik nak layan hubby mcm dulu..rumah kemas, baju siap iron.
aku pi kerja pon baju instant... ;P

Sunday, November 4, 2012

Love

Assalamualaikum. Hye.

I thought it was easy to start blogging again. and the truth is, it wasnt. See the gap between the last post and to this recent one. :)
Writing can be really relaxing, brain storming, explaining and soothing. You can imagine or do how you wanted to write. Your sitting position, your background song, or even the place you wanna be.
For me at this time, I'm taking my little time off from work to just sit and write this. Try to relax for a while after long meeting in the morning and the not happening lunch break. 
How's my life doing? ups and downs, highs and lows. So many things had happened. But at the end I'm so grateful to Allah for giving me a wonderful family n friends n a lovely husband. :)
I love you my husband. Everyday and even everytime I looked at you with so much love blooming inside my heart... the feeling was just so overwhelming in a good way. 
I can woke up at the middle of the night, open up my eyes just to watch you sleeping. :)
So much in loveeeeee.....
Now that i'm pregnant, i need you so much more....
Dear Hubby,
Don't leave me, dont ever leave me..may our love became stronger everyday..